SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w. b. t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya, Sekolah Kebangsaan Kor telah berjaya menyiapkan sebuah blog. Sekalung perhargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja dan semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan blog ini.

Maklumat yang terdapat di dalam blog ini diharapkan akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan yang kita hajatkan. Semoga dengan itu kita dapat bersaing dalam arus globalisasi masa kini.

Sama-sama kita berdoa supaya hasrat yang mulia ini diberkatl Allah dan dikurniakan kejayaan berterusan hendakNya. InsyaAllah

Sekian , terima kasih.


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kor

DIARI MINGGUAN

Menarik Minggu Ini
Minggu 35
27 September - 1 Oktober 2009
... Majlis Sambutan Hari Raya
...

-------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatian !

Kepada ibu bapa yang ingin melihat keputusan peperiksaan :
- Dapatkan ID Murid terlebih dahulu.
- Pergi ke Markah Peperiksaan.
- Pergi ke Ruang Ibu Bapa.
- Masukkan ID Murid ( Sek. Kebangsaan / Sek. Jenis Kebangsaan )

Link-Akademik telah diberhentikan buat sementara waktu.

GAMBAR PILIHAN

USIK-USIK bersama KHAZIM

USIK-USIK bersama KHAZIM
Sumber : www.tutor.com.my

Thursday, October 8, 2009

Program Bijak Jawi


Ahad, 4.10.2009

Tulisan Jawi merupakan satu warisan dan kebangaan bangsa Melayu yang perlu dijaga dan diwarisi oleh generasi muda masakini. Atas kesedaran inilah Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kor telah menganjurkan satu program yang dinamakan Bijak Jawi untuk murid-murid tahun enam.


Dalam program ini didedahkan kaedah-kaedah penulisan jawi yang telah dipermudahkan agar murid-murid dapat menulis jawi dengan baik dan betul. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahir bin Muhammad Hasan seorang pakar jawi dari Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan. Di samping ceramah, LDK juga dilaksanakan bagi mengukuhkan penguasaan jawi dikalangan murid-murid.



Secara keseluruhan program ini berjalan dengan baik, komunikasi dapat berjalan secara dua hala. Secara tidak langsung ianya mengubah pemikiran murid-murid bahawa penulisan jawi sebenarnya senang dikuasai. Pada masa-masa akan datang kumpulan sasaran akan diperluaskan kepada semua peringkat murid. Marilah kita sama-sama menjaga warisan bangsa dan agama kita ini agar ianya tidak hilang ditelan zaman.

Sunday, September 27, 2009

Sambutan Hari Raya 2009




Jam 10.45 pagi murid-murid mula berkumpul di Dewan Hadhari untuk menyambut Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Pengacara majlis untuk kali ini diberikan kepada Ust. Zulki Alwani Ibrahim, majlis bermula dengan ucapan aluan oleh guru besar yang menekankan betapa perlunya meneruskan majlis seumpama ini kerana ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan warga sekolah.


Majlis diteruskan pula dengan penyampaian bunga telur dan pulut kepada murid-murid yang telah khatam al-Quran yang mana telah menyertai program khatam 30 juzuk al-Quran di bulan Ramadhan. Seramai 32 orang murid yang terlibat dalam program tersebut. Bagi pelajar yang telah khatam al-Quran akan diberikan Sijil Akuan Khatam al-Quran.


Setelah itu majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada semua murid SK Kor. Idea ini telah dibangkitkan tahun lepas dan ianya dapat dilaksanakan pada tahun ini. Insyallah ianya akan dijadikan tradisi setiap tahun bagi menghidupkan suasana raya di sekolah.


Kemudian tiba acara kemuncak iaitu acara makan-makan, disamping kuih-muih dan makanan yang dibawa oleh murid dan guru, warga sekolah dijamu dengan satay. Sebagaimana tahun-tahun sudah, penyediaan makan amat memuaskan hati. Mana tak puas hati siap bleh bawa balik lagi.. huhu, dan bersurai.


Saturday, September 26, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah


It's school time again! You're probably feeling excited and maybe a little sad that Hari Raya is over. Some kids feel nervous or a little scared on the first day after Hari Raya because of all the old things: forgetting homework, missing textbooks, and maybe even missing some part of body because of 'bunga api and bedil'. Luckily, these "new" worries only stick around for a little while, hope so... huhu

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kor mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Pemergian Ramadhan diratapi kedatangan Syawal disambuti (entah betul ke perkataan tu.. ish ish ish). Harap jangan dilupai kuliah kehidupan yang kita hadiri di universiti Ramadhan. Agar menjadi pedoman untuk menyambut aidilfitri yang diredhai Ilahi.

Saturday, September 5, 2009

Selamat Menjawab Peperiksaan UPSR



Kami, guru-guru SK Kor mendoakan murid-murid tahun 6 menghadapi UPSR dengan tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik. Semoga ALLAH lapangkan fikiran kamu semua serta diberi pertolongan dalam menghadapi peperiksaan tersebut.

eZAKAT

Kepada semua guru yang ingin membuat pengiraan bayaran zakat ( pendapatan, perniagaan, wang simpanan, KWSP, saham dan emas & perak ) bolehlah klik pada Kalkulator Zakat dalam Semakan Online.


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

Surah At-Taubah (ayat 103)


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat".

Surah An-Nur (ayat 56)


"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya."

Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Solat Hajat Perdana UPSR

Pada 4/9/2009, Jumaat, jam 2.30 petang.
Bertempat di Dewan Hadhari, Sekolah Kebangsaan Kor.
Penglibatan semua guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6.
Diimami oleh Yang Berbahagia Tuan Imam Kg. Kor.


Saturday, August 29, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

PANTUN MERDEKA

MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber : http://joharshuib.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

Majlis Restu Ilmu


Majlis Restu Ilmu 2009 melibatkan murid tahun 6 dan semua guru. Majlis ini bertujuan memberi semangat kepada murid-murid tahun 6 agar dapat belajar dengan lebih tenang dan baik seterusnya mencapai keputusan UPSR yang memberangsangkan.

Majlis ini disusun atur oleh guru-guru tahun 6 yang diketuai oleh penyelaras tahun 6 iaitu Pn. Maznah Ibrahim. Ianya bermula jam 10.30 pagi dengan ucapan GB, penganugerahan bintang kepada murid yang mendapat 4A & 5A dalam UBB 3 baru-baru ini, penyuapan pulut dan menjamu selera. Majlis pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Maznah Ibrahim.

Majlis ini berjalan dengan baik dan lancar walaupun ada beberapa acara tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana bimbang penularan wabak H1N1.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan



Bulan puasa adalah istilah yang tidak tepat jika digunakan untuk menyatakan berkaitan bulan Ramadhan. Kerana ibadah puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadhan, tetapi boleh juga dilakukan pada masa-masa yang lain sebagai puasa sunat atau puasa nazar.

Namun ibadah puasa pada bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah fardhu yang wajib dilakukan secara berterusan selama sebulan. Bulan Ramadhan bukan sahaja medan untuk menahan diri daripada makan dan minum, tetapi lebih kepada mendidik diri dalam pelbagai aspek kehidupan.

Bulan puasa merupakan suatu tempoh pengembaraan jiwa dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat tarawikh, tilawah quran, zikir, bersedekah dan menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa. Bulan puasa juga merupakan suatu tempoh mengasah akhlak mulia dengan memperbanyakan bersabar, mengawal tutur kata, simpati dan saling membantu.

Dalam tempoh ini juga kita berpeluang untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu dengan budaya saling memberi nasihat, tazkirah, bertadarus dan menghadiri kuliah. Latihan itensif selama sebulan ini merupakan tempoh yang sewajarnya memberi kesan kepada diri kita sekiranya kita melaluinya dengan program dan aktiviti yang baik ke arah perubahan yang positif.

Namun adakah bahasa Ramadhan yang kita lalui dipenuhi dengan program dan aktiviti seperti di atas? Tepuk dada tanya Iman...


Friday, August 14, 2009

Wednesday, May 27, 2009

PERMATA PINTAR

Minggu ini agak memenatkan sikit sbb sekolah duk sibuk mencari permata-permata yang pintar. Murid-murid yang terpilih akan menjawab soalan IQ secara online di laman www.permatapintar.com.my . Murid tersebut terdiri dari tahun 3 hingga tahun 6. Yang agak letih sedikit, semalam terpaksa menguruskan murid-murid dari SK Kedai Piah, disebabkan line schoolnet sekolah diorang yang memang bermasalah... (mujurlah kat sekolah ni ada streamyx - wifi, buat sendiri dan bayar sendiri).

Selepas PK HEM balik dari taklimat Permata Pintar semalam... aku diarahkan menguji 100 orang pelajar lak. Alamak..??!!! yang 12 orang pun dah lama bangat ni 100 orang lak. Memang tak sempat untuk 2 hari sebab komputer tak cukup dan hari ini web permata pintar agak slow mungkin ramai sangat yang buat ujian tu. Oleh itu tercongok lah aku dalam dewan ini bersama Cikgu Zulaida yang rajin.. hehehehe

Disebabkan kami terpaksa mencongokkan diri dalam dewan ini (walaupun ada aircond), maka Cikgu Zulaida pun terpaksa meng'oder' air bandung satu jag dan sedikit kuih muih yang akan dimasukkan dalam akaun PK HEM, alah bukan mahal pun hehehee.. Takpe PK HEM kitorang memang spoting giler.




Tekun menjawab soalan




Jawab jangan tak jawab




Jangan jeles yer.. hehe

Monday, May 25, 2009

PELANCARAN MINGGU KESIHATAN ORAL

Tarikh : 24 Mei 2009 ( Ahad )

Dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsuddin bin Mat Yaacob, guru besar Sekolah Kebangsaan Kor.

Aktiviti sepanjang minggu :

1. Tunjuk cara menggosok gigi oleh pihak kesihatan (klinik Wakaf Che Yeh) untuk murid-murid.

2. Pemeriksaan gigi.

3. Pameran bertemakan "Senyuman Ceria Saya"

4. Pertandingan :

- Melukis poster

- Buku Skrap

- Mewarna

---------------------------------------------------------------------------------






Friday, May 22, 2009

Wednesday, May 20, 2009

Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT HARI GURU

Keikhlasanmu Guru

Inginku selami hatimu guru
Mengenal keperibadian murnimu
Betapa dirimu dalam ketabahan
Gigih menggenggam tanggungjawab
Tiada kedengaran bosan di bibir

Ingin sekali aku menjadi sepertimu guru
Tiada kelihatan jemu rautmu
Tak pernah kenal erti penat
Tidak meminta puji dan puja
Memancarkan sinar ilmumu sepenuh rela

Kini telah aku buktikan
Betapa aku adalah sepertimu
Ingin berjasa di medan ilmu
Mengajar dan mendidik anak bangsa
Menerangi jiwa anak bangsa
Cekal dan tabah menempuh dugaan

Kini bersamalah kita
Mengharungi dugaan dan cabaran
Jujur dan ikhlas kita berbakti
Bersama menadah tangan dengan doa dan restu
Kepada Tuhan menjanjikan pembalasan


Pamplet Sambutan Hari Guru 2009




Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1690.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu."

-----------------------------------------------------------------------------------

Kami guru-guru SK Kor mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Ingatlah bahawa Allah S.W.T telah mengangkat tinggi darjat seorang yang bernama ibu. Di sini ustaz datangkan kisah Kisah al-Qamah yang berlaku pada zaman Rasulullah perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.

Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu al-Qamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut. Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup. Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya. Akhirnya, al-Qamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.

Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung. Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.

Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa hairan bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.

Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman : Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali.

Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.

Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat idaman yang diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar. Kepada anak pula, kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, May 8, 2009

MAJLIS PENYERAHAN BUKU REKOD

7 Mei 2009 Majlis Penyerahan Buku Rekod tahun 6 bermula jam 2.30 petang. Program bukan semata-mata menyerahkan buku rekod murid-murid tapi memberi peluang kepada guru dan ibubapa berkomunikasi dua hala tentang diri murid-murid, pencapaian, masalah dan perkara-perkara yang berbangkit. Di sinilah ibubapa akan mengetahui dengan lebih adil tentang anak-anak mereka supaya dapat bersama-sama pihak guru untuk bekerjasama meningkatkan prestasi murid-murid. Selain itu ianya juga dapat mengetepikan segala kesangsian di antara guru, ibubapa dan murid.


Taklimat daripada guru besar tentang permasalahan belajar dan kecaknaan ibubapa terhadap anak-anak akan memberikan kesan yang positif kepada pencapaian mereka. Doa adalah senjata umat Islam, oleh itu doa ibubapa dan para guru adalah sangat penting bagi kejayaan anak-anak murid sekalian.


Penyematan Bintang Kecemerlangan oleh ibubapa kepada murid yang telah mendapat 5A dalam UBB kali ini. Ianya akan sentiasa dipakai sebagai simbol kesungguhan supaya murid-murid lain juga akan lebih bersemangat dan berusaha meningkatkan prestasi diri. Di samping itu, murid-murid tersebut juga mendapat sumbangan cenderahati dari pihak sekolah.


The moment of truth di sini ibubapa akan mengetahui tentang anak-anak mereka. Ibubapa boleh bertanya apa saja mengenai anak-anak, prestasi mahupun perangai. Semuanya akan diberitahu secara face to face.

Tuesday, May 5, 2009

AKHIRNYA SIAP JUA....

Dua hari bertungkus-lumus menyusun semula siaraya dan menyiapkan sambungan tambahan mikrofon sepanjang 110 kaki panjang akhirnya siap juga pada hari ini. Projek ini dibantu oleh pekerja-pekerja sekolah yang berdedikasi iaitu Abg Rodi, Pak Wil dan Pok Ne. Projek ini telah lama dirancang, namun begitu hari ini baru dapat melaksanakannya disebabkan masalah teknikal, aku pun tak tau apa sebenarnya...

Dengan siapnya projek ini, perhimpunan pagi yang dibuat di gelanggang permainan akan berjalan dengan lebih lancar tanpa memunggah speaker yang besar lagi berat. Sebuah speaker cowong telah ditambah dan 2 lagi yang tidak berfungsi telah diberi nafas baru..... Tu pun mujur la ada lagi speaker cowong dalam stor sukan. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan projek ini terutamanya PK KO yang telah meluluskan budget segera...

ps : Teringat lagu 'Wonder Pets' : Apa yang penting KERJASAMA..

Friday, May 1, 2009

UBB KALI KEDUA

Tamatlah sudah UBB yang kedua ( 27-29 April 2009 ). Berakhirlah sudah satu lagi episod peperiksaan yang memenatkan...bab tanda kertas jer. Dan markah perlu dihantar ke unit peperiksaan selewat-lewatnya 4 Mei 2009.... seingat aku ler, nasib baik aku dah siap tanda. Dan selepas itu terpaksalah aku memasukkan markah kat link akademik pula. Bab ni yang sedikit malas dan agak memenatkan.

Walau apapun diharapkan peratus pencapaian kali ini meningkat jika dibandingkan dengan UBB kali pertama. Walaupun mengajar di kelas-kelas yang tercorot, tapi aku percaya murid-murid ku ini akan dapat meningkatkan prestasi sebagaimana yang telah diharapkan. Ni bukannya bagi markah murah, semuanya sama sahaja. Apa-apa hal pun selamat berjaya kepada semua murid SK Kor.

Monday, April 27, 2009

SYILING UNTUK MAKNA

Pada 28 April 2009 PK HEM telah melancarkan Tabung MAKNA (Majlis Kaser Nasional). Para murid diminta memberi sumbangan duit syiling bagi tujuan tersebut. Ianya bertujuan mendidik murid-murid supaya perihatin terhadap penderitaan orang lain. Membantu mereka yang memerlukan adalah sangat dituntut oleh Islam, tidak kira mereka itu bukan Islam dan lebih-lebih lagi terhadap sesama Islam. Selain itu ianya bertepatan dengan slogan yang telah dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu kita semua ialah 'Satu Malaysia'. Sekiranya kita tidak mulakan dengan usaha yang kecil ini bagaimana kita memberi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang.

ps : Teringat lagu 'Wonder Pets' : Apa yang penting KERJASAMA..

Saturday, April 25, 2009

PROGRAM JATIDIRI SIRI 1

25 April 2009 Pengarah Program Jatidiri Tahun 6 Siri 1 kali ini mengharapkan murid-murid dapat menterjemahkan segala ilmu, pengalaman dan semangat yang diperolehi dari program ini ke dalam pembelajaran harian sehari-hari, harap Puan Maznah Ibrahim selaku pengarah program kali ini. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Modul-modul yang disusun dengan begitu teliti agar ianya menampakkan keberkesanan yang dikehendaki.

Antara program yang telah disusun ialah Ice-Breaking, Logo Diri, Menggapai Impian, Solat Bejamaah, Mencari harta Karun dan Permainan minda. Program-program tersebut dikendalikan secara LDK dan oleh guru-guru yang berbeza di bawah seliaan Puan Pengarah sendiri (siapa lagi kalau bukan Puan Maznah kita). Guru-guru yang terlibat semuanya yang mengajar tahun 6 kecuali aku (siapa 'aku' ? hangpa teka sendiri laa). Pn. Maznah, Pn. Nik Rosmawati, Pn. Faizah, Pn. Fatemah, Pn. Norani, Pn. Hasiah, Pn. Wan Maimun, Pn. Ruhaya, Pn. Khairiah, En. Roshailfuddin, En. Sabri (guru ganti yang masih bujang) dan aku.

Guru Besar dan PK 1 turut hadir ke program kali ini sebagai memberi sokongan kepada para guru dan murid. Walau bagaimanapun Guru Besar terpaksa pulang awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Program ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Namun begitu, ada juga murid-murid yang tidak dapat menghadiri program kali ini atas sebab-sebab tertentu. Program ini berakhir jam 5.00 petang setelah selesai pembahagian hadiah kepada peserta dan kumpulan yang telah berjaya. Walaupun hadiah yang diberikan adalah sederhana, tapi nilainya adalah tinggi sebagai penghargaan kepada mereka yang tahu menghargai diri sendiri.

Beberapa siri telah disusun dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa sebagai memupuk semangat yang berterusan. Sekian sahaja untuk kali ini sehingga kita berjumpa kembali, wassalam.


Pengarah program yg serius


Menggapai Impian


Pembahagian Hadiah

Wednesday, April 22, 2009

LATIHAN DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

22 April 2009 bermula jam 10.15 pagi Latihan & Demonstrasi Kebakaran bermula dengan membunyikan siren kecemasan. Ianya melibatkan warga sekolah dan juga ahli bomba yang didatangkan khas (sebenarnya diorang datang sendiri jer..) dari Balai Bomba & Penyelamat Ketereh. Murid-murid masing-masing lari 'menyelamatkan diri' dengan berkumpul di padang sekolah, begitulah juga dengan para guru... (emm lega rasanya.. hehehee).

Setelah berkumpul, 'mangsa-mangsa yang terselamat' diberi taklimat mengenai keselamatan oleh ahli bomba yang telah dijemput hadir itu. Walau bagaimanapun taklimat terpaksa diringkaskan kerana cuaca tidak mengizinkan.. (bukan nak hujan tapi panas... tu la duk kumpul tengah panas). Dengan berakhirnya taklimat tersebut, maka tanpa membuang masa ahli bomba pun memulakan demontrasi kebakaran dan menunjukkan cara memadam kebakaran... Beberapa 'paksarela' dari kalangan guru dan murid menunjukkan keberanian memadam kebakaran. Semuanya berjaya memadamkan kebakaran dengan jayanya (sebab abang-abang bomba tu ada dekat jer).

Selepas itu murid-murid didedahkan dengan peralatan yang berada pada kereta bomba. Tapi murid-murid lebih berminat untuk menaiki kereta bomba, maka terpaksalah ahli bomba tersebut membenarkan murid-murid menaiki kereta bomba.. sekejap pun jadilah. Akhirnya Latihan & Demonstrasi Kebakaran telah melabuhkan tirainya tepat pada jam 11.30 pagi. Murid-murid diarah kembali ke kelas masing-masing.



Aksi menyelamatkan diri


Khusyuk mendengar penerangan


Memadam api


Salah seorang 'paksarela'


Keseronokan duk dalam kereta bomba

Monday, April 20, 2009

KEM BESTARI SOLAT

Pada 15 & 16 April 2009 Unit Pendidikan Islam melalui j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 dan Tahun 2 (2 Cemerlang sahaja) bagi memberi pendedahan tentang kewajipan dan pelaksaan (amali) solat 5 waktu. Penekanan diberikan kepada kelas-kelas tertentu untuk menghasilkan keberkesanan KBS yang ditentukan.

KBS kali ini melibatkan 16 kumpulan kecil yang melibatkan 16 orang fasilitator yang terdiri dari guru-guru PI, j-QAF dan KAFA Sekolah Kebangsaan Kor. Pengarah KBS kali ini diarah oleh Ustazah Siti Saedah Saad dan dibantu oleh Ustazah W. Khairil Asnita W. Mustapa. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh fasilitator amat memuaskan dan kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Akhir kata ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama menjayakan KBS.
Wassalam.

Tuesday, April 14, 2009

HARI KOKURIKULUM

Pada 11/4/2009 Sabtu pihak sekolah telah mengadakan hari kokurikulum. Acara yang dilaksanakan ialah mengadakan pertandingan di antara badan unifom, iaitu Pengakap, Puteri Islam, TKRS dan PBSM. Antara acara yang dipertandingan ialah gubahan, memasak, kawad kaki dan nasyid. Unit unifom yang menjuarai keseluruhan ialah Puteri Islam (cikgu diorang sungguh pelik nah).

Perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan baik. Penyampaian hadiah disampaikan oleh para penolong kanan dan guru besar kepada para pemenang (sebenarnya semuanya dapat hadiah... saguhati pun jadilah) Oh yer satu lagi... Guru terbaik pasukan pun dapat kat Puteri Islam. Semua hadiah besar-besar diorang jer yang bolot. Usaha lagi bagi pasukan yang kurang bernasib baik. Jangan emosi yer.



Asyik menggubah


Para hakim mencuba hidangan


Johan keseluruhan

HARI KELUARGA

Pada 30/3/2009 jam 12.00 tengahari semua warga SK Kor berkumpul di Perdana Beach Resort di PCB menunggu kunci bilik (dengan penuh sabar dan teruja) tapi 1.30 petang barulah dapat kunci bilik, maka hampa lah bagi mereka yang hampa. Namun setelah mendapat kunci bilik semuanya tersenyum riang dan bersorak (budak-budak jer yang bersorak).

Setelah berehat dengan secukupnya maka bermula pertandingan the battle of the best yang telah disusun oleh Pn. Hjh. Mariah bt. Mustapha (PK KO SK Kor la kalo tak kenal gak) bermula dengan kategori budak-budak, acara apa yer...??? emmm... berebut gula-gula, berebut duit dalam tepung dan membawa pundi kacang. Bagi kategori orang tua pula (tak la tua sangat hehee) acara bowling kelapa, membawa bola ping pong dan mengheret orang buta (berlakon jer la).

Setelah penat bertarung di pertarungan yang sengit itu, kami makan malam bermula jam 8.00 malam. Setelah menghemtam kedarah maka acara pemberian hadiah dan saguhati bermula kepada mereka yang telah berjaya dalam the battle of the best petang tadi. Walau bagaimana pun, hamper bertuah dimenangi oleh Pn. Saedah (bukan Pn. Siti Saedah) dan Pn. Maizan. Dan setelah itu..... apa lagi masuk bilik laa, penat yang teramat sangat (ayat jer yang lebih).

Keesokan paginya bermula lah acara berendam beramai-ramai (mandi kolam).. Akhirnya kami pun check out dan pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang gembira (happy ending katakan).

Melepak sambil tunggu kunci

Adui anak sapa la ni ?


Para hero zaman silam

Pasangan Romantik