SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w. b. t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya, Sekolah Kebangsaan Kor telah berjaya menyiapkan sebuah blog. Sekalung perhargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja dan semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan blog ini.

Maklumat yang terdapat di dalam blog ini diharapkan akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan yang kita hajatkan. Semoga dengan itu kita dapat bersaing dalam arus globalisasi masa kini.

Sama-sama kita berdoa supaya hasrat yang mulia ini diberkatl Allah dan dikurniakan kejayaan berterusan hendakNya. InsyaAllah

Sekian , terima kasih.


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kor

DIARI MINGGUAN

Menarik Minggu Ini
Minggu 35
27 September - 1 Oktober 2009
... Majlis Sambutan Hari Raya
...

-------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatian !

Kepada ibu bapa yang ingin melihat keputusan peperiksaan :
- Dapatkan ID Murid terlebih dahulu.
- Pergi ke Markah Peperiksaan.
- Pergi ke Ruang Ibu Bapa.
- Masukkan ID Murid ( Sek. Kebangsaan / Sek. Jenis Kebangsaan )

Link-Akademik telah diberhentikan buat sementara waktu.

GAMBAR PILIHAN

USIK-USIK bersama KHAZIM

USIK-USIK bersama KHAZIM
Sumber : www.tutor.com.my

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1690.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu."

-----------------------------------------------------------------------------------

Kami guru-guru SK Kor mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Ingatlah bahawa Allah S.W.T telah mengangkat tinggi darjat seorang yang bernama ibu. Di sini ustaz datangkan kisah Kisah al-Qamah yang berlaku pada zaman Rasulullah perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.

Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu al-Qamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut. Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup. Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya. Akhirnya, al-Qamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.

Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung. Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.

Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa hairan bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.

Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman : Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali.

Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.

Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat idaman yang diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar. Kepada anak pula, kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment