SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w. b. t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya, Sekolah Kebangsaan Kor telah berjaya menyiapkan sebuah blog. Sekalung perhargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja dan semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan blog ini.

Maklumat yang terdapat di dalam blog ini diharapkan akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan yang kita hajatkan. Semoga dengan itu kita dapat bersaing dalam arus globalisasi masa kini.

Sama-sama kita berdoa supaya hasrat yang mulia ini diberkatl Allah dan dikurniakan kejayaan berterusan hendakNya. InsyaAllah

Sekian , terima kasih.


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kor

DIARI MINGGUAN

Menarik Minggu Ini
Minggu 35
27 September - 1 Oktober 2009
... Majlis Sambutan Hari Raya
...

-------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatian !

Kepada ibu bapa yang ingin melihat keputusan peperiksaan :
- Dapatkan ID Murid terlebih dahulu.
- Pergi ke Markah Peperiksaan.
- Pergi ke Ruang Ibu Bapa.
- Masukkan ID Murid ( Sek. Kebangsaan / Sek. Jenis Kebangsaan )

Link-Akademik telah diberhentikan buat sementara waktu.

GAMBAR PILIHAN

USIK-USIK bersama KHAZIM

USIK-USIK bersama KHAZIM
Sumber : www.tutor.com.my

Monday, April 27, 2009

SYILING UNTUK MAKNA

Pada 28 April 2009 PK HEM telah melancarkan Tabung MAKNA (Majlis Kaser Nasional). Para murid diminta memberi sumbangan duit syiling bagi tujuan tersebut. Ianya bertujuan mendidik murid-murid supaya perihatin terhadap penderitaan orang lain. Membantu mereka yang memerlukan adalah sangat dituntut oleh Islam, tidak kira mereka itu bukan Islam dan lebih-lebih lagi terhadap sesama Islam. Selain itu ianya bertepatan dengan slogan yang telah dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu kita semua ialah 'Satu Malaysia'. Sekiranya kita tidak mulakan dengan usaha yang kecil ini bagaimana kita memberi teladan yang baik kepada generasi yang akan datang.

ps : Teringat lagu 'Wonder Pets' : Apa yang penting KERJASAMA..

Saturday, April 25, 2009

PROGRAM JATIDIRI SIRI 1

25 April 2009 Pengarah Program Jatidiri Tahun 6 Siri 1 kali ini mengharapkan murid-murid dapat menterjemahkan segala ilmu, pengalaman dan semangat yang diperolehi dari program ini ke dalam pembelajaran harian sehari-hari, harap Puan Maznah Ibrahim selaku pengarah program kali ini. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Modul-modul yang disusun dengan begitu teliti agar ianya menampakkan keberkesanan yang dikehendaki.

Antara program yang telah disusun ialah Ice-Breaking, Logo Diri, Menggapai Impian, Solat Bejamaah, Mencari harta Karun dan Permainan minda. Program-program tersebut dikendalikan secara LDK dan oleh guru-guru yang berbeza di bawah seliaan Puan Pengarah sendiri (siapa lagi kalau bukan Puan Maznah kita). Guru-guru yang terlibat semuanya yang mengajar tahun 6 kecuali aku (siapa 'aku' ? hangpa teka sendiri laa). Pn. Maznah, Pn. Nik Rosmawati, Pn. Faizah, Pn. Fatemah, Pn. Norani, Pn. Hasiah, Pn. Wan Maimun, Pn. Ruhaya, Pn. Khairiah, En. Roshailfuddin, En. Sabri (guru ganti yang masih bujang) dan aku.

Guru Besar dan PK 1 turut hadir ke program kali ini sebagai memberi sokongan kepada para guru dan murid. Walau bagaimanapun Guru Besar terpaksa pulang awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Program ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Namun begitu, ada juga murid-murid yang tidak dapat menghadiri program kali ini atas sebab-sebab tertentu. Program ini berakhir jam 5.00 petang setelah selesai pembahagian hadiah kepada peserta dan kumpulan yang telah berjaya. Walaupun hadiah yang diberikan adalah sederhana, tapi nilainya adalah tinggi sebagai penghargaan kepada mereka yang tahu menghargai diri sendiri.

Beberapa siri telah disusun dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa sebagai memupuk semangat yang berterusan. Sekian sahaja untuk kali ini sehingga kita berjumpa kembali, wassalam.


Pengarah program yg serius


Menggapai Impian


Pembahagian Hadiah

Wednesday, April 22, 2009

LATIHAN DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

22 April 2009 bermula jam 10.15 pagi Latihan & Demonstrasi Kebakaran bermula dengan membunyikan siren kecemasan. Ianya melibatkan warga sekolah dan juga ahli bomba yang didatangkan khas (sebenarnya diorang datang sendiri jer..) dari Balai Bomba & Penyelamat Ketereh. Murid-murid masing-masing lari 'menyelamatkan diri' dengan berkumpul di padang sekolah, begitulah juga dengan para guru... (emm lega rasanya.. hehehee).

Setelah berkumpul, 'mangsa-mangsa yang terselamat' diberi taklimat mengenai keselamatan oleh ahli bomba yang telah dijemput hadir itu. Walau bagaimanapun taklimat terpaksa diringkaskan kerana cuaca tidak mengizinkan.. (bukan nak hujan tapi panas... tu la duk kumpul tengah panas). Dengan berakhirnya taklimat tersebut, maka tanpa membuang masa ahli bomba pun memulakan demontrasi kebakaran dan menunjukkan cara memadam kebakaran... Beberapa 'paksarela' dari kalangan guru dan murid menunjukkan keberanian memadam kebakaran. Semuanya berjaya memadamkan kebakaran dengan jayanya (sebab abang-abang bomba tu ada dekat jer).

Selepas itu murid-murid didedahkan dengan peralatan yang berada pada kereta bomba. Tapi murid-murid lebih berminat untuk menaiki kereta bomba, maka terpaksalah ahli bomba tersebut membenarkan murid-murid menaiki kereta bomba.. sekejap pun jadilah. Akhirnya Latihan & Demonstrasi Kebakaran telah melabuhkan tirainya tepat pada jam 11.30 pagi. Murid-murid diarah kembali ke kelas masing-masing.



Aksi menyelamatkan diri


Khusyuk mendengar penerangan


Memadam api


Salah seorang 'paksarela'


Keseronokan duk dalam kereta bomba

Monday, April 20, 2009

KEM BESTARI SOLAT

Pada 15 & 16 April 2009 Unit Pendidikan Islam melalui j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 dan Tahun 2 (2 Cemerlang sahaja) bagi memberi pendedahan tentang kewajipan dan pelaksaan (amali) solat 5 waktu. Penekanan diberikan kepada kelas-kelas tertentu untuk menghasilkan keberkesanan KBS yang ditentukan.

KBS kali ini melibatkan 16 kumpulan kecil yang melibatkan 16 orang fasilitator yang terdiri dari guru-guru PI, j-QAF dan KAFA Sekolah Kebangsaan Kor. Pengarah KBS kali ini diarah oleh Ustazah Siti Saedah Saad dan dibantu oleh Ustazah W. Khairil Asnita W. Mustapa. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh fasilitator amat memuaskan dan kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Akhir kata ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama menjayakan KBS.
Wassalam.

Tuesday, April 14, 2009

HARI KOKURIKULUM

Pada 11/4/2009 Sabtu pihak sekolah telah mengadakan hari kokurikulum. Acara yang dilaksanakan ialah mengadakan pertandingan di antara badan unifom, iaitu Pengakap, Puteri Islam, TKRS dan PBSM. Antara acara yang dipertandingan ialah gubahan, memasak, kawad kaki dan nasyid. Unit unifom yang menjuarai keseluruhan ialah Puteri Islam (cikgu diorang sungguh pelik nah).

Perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan baik. Penyampaian hadiah disampaikan oleh para penolong kanan dan guru besar kepada para pemenang (sebenarnya semuanya dapat hadiah... saguhati pun jadilah) Oh yer satu lagi... Guru terbaik pasukan pun dapat kat Puteri Islam. Semua hadiah besar-besar diorang jer yang bolot. Usaha lagi bagi pasukan yang kurang bernasib baik. Jangan emosi yer.



Asyik menggubah


Para hakim mencuba hidangan


Johan keseluruhan

HARI KELUARGA

Pada 30/3/2009 jam 12.00 tengahari semua warga SK Kor berkumpul di Perdana Beach Resort di PCB menunggu kunci bilik (dengan penuh sabar dan teruja) tapi 1.30 petang barulah dapat kunci bilik, maka hampa lah bagi mereka yang hampa. Namun setelah mendapat kunci bilik semuanya tersenyum riang dan bersorak (budak-budak jer yang bersorak).

Setelah berehat dengan secukupnya maka bermula pertandingan the battle of the best yang telah disusun oleh Pn. Hjh. Mariah bt. Mustapha (PK KO SK Kor la kalo tak kenal gak) bermula dengan kategori budak-budak, acara apa yer...??? emmm... berebut gula-gula, berebut duit dalam tepung dan membawa pundi kacang. Bagi kategori orang tua pula (tak la tua sangat hehee) acara bowling kelapa, membawa bola ping pong dan mengheret orang buta (berlakon jer la).

Setelah penat bertarung di pertarungan yang sengit itu, kami makan malam bermula jam 8.00 malam. Setelah menghemtam kedarah maka acara pemberian hadiah dan saguhati bermula kepada mereka yang telah berjaya dalam the battle of the best petang tadi. Walau bagaimana pun, hamper bertuah dimenangi oleh Pn. Saedah (bukan Pn. Siti Saedah) dan Pn. Maizan. Dan setelah itu..... apa lagi masuk bilik laa, penat yang teramat sangat (ayat jer yang lebih).

Keesokan paginya bermula lah acara berendam beramai-ramai (mandi kolam).. Akhirnya kami pun check out dan pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang gembira (happy ending katakan).

Melepak sambil tunggu kunci

Adui anak sapa la ni ?


Para hero zaman silam

Pasangan Romantik