Tulisan Jawi merupakan satu warisan dan kebangaan bangsa Melayu yang perlu dijaga dan diwarisi oleh generasi muda masakini. Atas kesedaran inilah Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kor telah menganjurkan satu program yang dinamakan Bijak Jawi untuk murid-murid tahun enam.
Dalam program ini didedahkan kaedah-kaedah penulisan jawi yang telah dipermudahkan agar murid-murid dapat menulis jawi dengan baik dan betul. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahir bin Muhammad Hasan seorang pakar jawi dari Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan. Di samping ceramah, LDK juga dilaksanakan bagi mengukuhkan penguasaan jawi dikalangan murid-murid.
Secara keseluruhan program ini berjalan dengan baik, komunikasi dapat berjalan secara dua hala. Secara tidak langsung ianya mengubah pemikiran murid-murid bahawa penulisan jawi sebenarnya senang dikuasai. Pada masa-masa akan datang kumpulan sasaran akan diperluaskan kepada semua peringkat murid. Marilah kita sama-sama menjaga warisan bangsa dan agama kita ini agar ianya tidak hilang ditelan zaman.