SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w. b. t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya, Sekolah Kebangsaan Kor telah berjaya menyiapkan sebuah blog. Sekalung perhargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja dan semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan blog ini.

Maklumat yang terdapat di dalam blog ini diharapkan akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan yang kita hajatkan. Semoga dengan itu kita dapat bersaing dalam arus globalisasi masa kini.

Sama-sama kita berdoa supaya hasrat yang mulia ini diberkatl Allah dan dikurniakan kejayaan berterusan hendakNya. InsyaAllah

Sekian , terima kasih.


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kor

DIARI MINGGUAN

Menarik Minggu Ini
Minggu 35
27 September - 1 Oktober 2009
... Majlis Sambutan Hari Raya
...

-------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatian !

Kepada ibu bapa yang ingin melihat keputusan peperiksaan :
- Dapatkan ID Murid terlebih dahulu.
- Pergi ke Markah Peperiksaan.
- Pergi ke Ruang Ibu Bapa.
- Masukkan ID Murid ( Sek. Kebangsaan / Sek. Jenis Kebangsaan )

Link-Akademik telah diberhentikan buat sementara waktu.

GAMBAR PILIHAN

USIK-USIK bersama KHAZIM

USIK-USIK bersama KHAZIM
Sumber : www.tutor.com.my

Saturday, August 29, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

PANTUN MERDEKA

MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.

BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.

AWAN TENANG BERSERI HIASAN,
KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA;
PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN,
MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

Sumber : http://joharshuib.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

Majlis Restu Ilmu


Majlis Restu Ilmu 2009 melibatkan murid tahun 6 dan semua guru. Majlis ini bertujuan memberi semangat kepada murid-murid tahun 6 agar dapat belajar dengan lebih tenang dan baik seterusnya mencapai keputusan UPSR yang memberangsangkan.

Majlis ini disusun atur oleh guru-guru tahun 6 yang diketuai oleh penyelaras tahun 6 iaitu Pn. Maznah Ibrahim. Ianya bermula jam 10.30 pagi dengan ucapan GB, penganugerahan bintang kepada murid yang mendapat 4A & 5A dalam UBB 3 baru-baru ini, penyuapan pulut dan menjamu selera. Majlis pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Maznah Ibrahim.

Majlis ini berjalan dengan baik dan lancar walaupun ada beberapa acara tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana bimbang penularan wabak H1N1.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan



Bulan puasa adalah istilah yang tidak tepat jika digunakan untuk menyatakan berkaitan bulan Ramadhan. Kerana ibadah puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadhan, tetapi boleh juga dilakukan pada masa-masa yang lain sebagai puasa sunat atau puasa nazar.

Namun ibadah puasa pada bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah fardhu yang wajib dilakukan secara berterusan selama sebulan. Bulan Ramadhan bukan sahaja medan untuk menahan diri daripada makan dan minum, tetapi lebih kepada mendidik diri dalam pelbagai aspek kehidupan.

Bulan puasa merupakan suatu tempoh pengembaraan jiwa dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat tarawikh, tilawah quran, zikir, bersedekah dan menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa. Bulan puasa juga merupakan suatu tempoh mengasah akhlak mulia dengan memperbanyakan bersabar, mengawal tutur kata, simpati dan saling membantu.

Dalam tempoh ini juga kita berpeluang untuk meningkatkan kefahaman dan ilmu dengan budaya saling memberi nasihat, tazkirah, bertadarus dan menghadiri kuliah. Latihan itensif selama sebulan ini merupakan tempoh yang sewajarnya memberi kesan kepada diri kita sekiranya kita melaluinya dengan program dan aktiviti yang baik ke arah perubahan yang positif.

Namun adakah bahasa Ramadhan yang kita lalui dipenuhi dengan program dan aktiviti seperti di atas? Tepuk dada tanya Iman...


Friday, August 14, 2009