SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w. b. t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya, Sekolah Kebangsaan Kor telah berjaya menyiapkan sebuah blog. Sekalung perhargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja dan semua yang terlibat dalam usaha mewujudkan blog ini.

Maklumat yang terdapat di dalam blog ini diharapkan akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan pendidikan yang kita hajatkan. Semoga dengan itu kita dapat bersaing dalam arus globalisasi masa kini.

Sama-sama kita berdoa supaya hasrat yang mulia ini diberkatl Allah dan dikurniakan kejayaan berterusan hendakNya. InsyaAllah

Sekian , terima kasih.


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kor

DIARI MINGGUAN

Menarik Minggu Ini
Minggu 35
27 September - 1 Oktober 2009
... Majlis Sambutan Hari Raya
...

-------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatian !

Kepada ibu bapa yang ingin melihat keputusan peperiksaan :
- Dapatkan ID Murid terlebih dahulu.
- Pergi ke Markah Peperiksaan.
- Pergi ke Ruang Ibu Bapa.
- Masukkan ID Murid ( Sek. Kebangsaan / Sek. Jenis Kebangsaan )

Link-Akademik telah diberhentikan buat sementara waktu.

GAMBAR PILIHAN

USIK-USIK bersama KHAZIM

USIK-USIK bersama KHAZIM
Sumber : www.tutor.com.my

Wednesday, May 27, 2009

PERMATA PINTAR

Minggu ini agak memenatkan sikit sbb sekolah duk sibuk mencari permata-permata yang pintar. Murid-murid yang terpilih akan menjawab soalan IQ secara online di laman www.permatapintar.com.my . Murid tersebut terdiri dari tahun 3 hingga tahun 6. Yang agak letih sedikit, semalam terpaksa menguruskan murid-murid dari SK Kedai Piah, disebabkan line schoolnet sekolah diorang yang memang bermasalah... (mujurlah kat sekolah ni ada streamyx - wifi, buat sendiri dan bayar sendiri).

Selepas PK HEM balik dari taklimat Permata Pintar semalam... aku diarahkan menguji 100 orang pelajar lak. Alamak..??!!! yang 12 orang pun dah lama bangat ni 100 orang lak. Memang tak sempat untuk 2 hari sebab komputer tak cukup dan hari ini web permata pintar agak slow mungkin ramai sangat yang buat ujian tu. Oleh itu tercongok lah aku dalam dewan ini bersama Cikgu Zulaida yang rajin.. hehehehe

Disebabkan kami terpaksa mencongokkan diri dalam dewan ini (walaupun ada aircond), maka Cikgu Zulaida pun terpaksa meng'oder' air bandung satu jag dan sedikit kuih muih yang akan dimasukkan dalam akaun PK HEM, alah bukan mahal pun hehehee.. Takpe PK HEM kitorang memang spoting giler.




Tekun menjawab soalan




Jawab jangan tak jawab




Jangan jeles yer.. hehe

Monday, May 25, 2009

PELANCARAN MINGGU KESIHATAN ORAL

Tarikh : 24 Mei 2009 ( Ahad )

Dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsuddin bin Mat Yaacob, guru besar Sekolah Kebangsaan Kor.

Aktiviti sepanjang minggu :

1. Tunjuk cara menggosok gigi oleh pihak kesihatan (klinik Wakaf Che Yeh) untuk murid-murid.

2. Pemeriksaan gigi.

3. Pameran bertemakan "Senyuman Ceria Saya"

4. Pertandingan :

- Melukis poster

- Buku Skrap

- Mewarna

---------------------------------------------------------------------------------






Friday, May 22, 2009

Wednesday, May 20, 2009

Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT HARI GURU

Keikhlasanmu Guru

Inginku selami hatimu guru
Mengenal keperibadian murnimu
Betapa dirimu dalam ketabahan
Gigih menggenggam tanggungjawab
Tiada kedengaran bosan di bibir

Ingin sekali aku menjadi sepertimu guru
Tiada kelihatan jemu rautmu
Tak pernah kenal erti penat
Tidak meminta puji dan puja
Memancarkan sinar ilmumu sepenuh rela

Kini telah aku buktikan
Betapa aku adalah sepertimu
Ingin berjasa di medan ilmu
Mengajar dan mendidik anak bangsa
Menerangi jiwa anak bangsa
Cekal dan tabah menempuh dugaan

Kini bersamalah kita
Mengharungi dugaan dan cabaran
Jujur dan ikhlas kita berbakti
Bersama menadah tangan dengan doa dan restu
Kepada Tuhan menjanjikan pembalasan


Pamplet Sambutan Hari Guru 2009




Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1690.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu."

-----------------------------------------------------------------------------------

Kami guru-guru SK Kor mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Ingatlah bahawa Allah S.W.T telah mengangkat tinggi darjat seorang yang bernama ibu. Di sini ustaz datangkan kisah Kisah al-Qamah yang berlaku pada zaman Rasulullah perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.

Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu al-Qamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut. Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup. Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya. Akhirnya, al-Qamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.

Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung. Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.

Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa hairan bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.

Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman : Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali.

Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.

Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat idaman yang diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar. Kepada anak pula, kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, May 8, 2009

MAJLIS PENYERAHAN BUKU REKOD

7 Mei 2009 Majlis Penyerahan Buku Rekod tahun 6 bermula jam 2.30 petang. Program bukan semata-mata menyerahkan buku rekod murid-murid tapi memberi peluang kepada guru dan ibubapa berkomunikasi dua hala tentang diri murid-murid, pencapaian, masalah dan perkara-perkara yang berbangkit. Di sinilah ibubapa akan mengetahui dengan lebih adil tentang anak-anak mereka supaya dapat bersama-sama pihak guru untuk bekerjasama meningkatkan prestasi murid-murid. Selain itu ianya juga dapat mengetepikan segala kesangsian di antara guru, ibubapa dan murid.


Taklimat daripada guru besar tentang permasalahan belajar dan kecaknaan ibubapa terhadap anak-anak akan memberikan kesan yang positif kepada pencapaian mereka. Doa adalah senjata umat Islam, oleh itu doa ibubapa dan para guru adalah sangat penting bagi kejayaan anak-anak murid sekalian.


Penyematan Bintang Kecemerlangan oleh ibubapa kepada murid yang telah mendapat 5A dalam UBB kali ini. Ianya akan sentiasa dipakai sebagai simbol kesungguhan supaya murid-murid lain juga akan lebih bersemangat dan berusaha meningkatkan prestasi diri. Di samping itu, murid-murid tersebut juga mendapat sumbangan cenderahati dari pihak sekolah.


The moment of truth di sini ibubapa akan mengetahui tentang anak-anak mereka. Ibubapa boleh bertanya apa saja mengenai anak-anak, prestasi mahupun perangai. Semuanya akan diberitahu secara face to face.

Tuesday, May 5, 2009

AKHIRNYA SIAP JUA....

Dua hari bertungkus-lumus menyusun semula siaraya dan menyiapkan sambungan tambahan mikrofon sepanjang 110 kaki panjang akhirnya siap juga pada hari ini. Projek ini dibantu oleh pekerja-pekerja sekolah yang berdedikasi iaitu Abg Rodi, Pak Wil dan Pok Ne. Projek ini telah lama dirancang, namun begitu hari ini baru dapat melaksanakannya disebabkan masalah teknikal, aku pun tak tau apa sebenarnya...

Dengan siapnya projek ini, perhimpunan pagi yang dibuat di gelanggang permainan akan berjalan dengan lebih lancar tanpa memunggah speaker yang besar lagi berat. Sebuah speaker cowong telah ditambah dan 2 lagi yang tidak berfungsi telah diberi nafas baru..... Tu pun mujur la ada lagi speaker cowong dalam stor sukan. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan projek ini terutamanya PK KO yang telah meluluskan budget segera...

ps : Teringat lagu 'Wonder Pets' : Apa yang penting KERJASAMA..

Friday, May 1, 2009

UBB KALI KEDUA

Tamatlah sudah UBB yang kedua ( 27-29 April 2009 ). Berakhirlah sudah satu lagi episod peperiksaan yang memenatkan...bab tanda kertas jer. Dan markah perlu dihantar ke unit peperiksaan selewat-lewatnya 4 Mei 2009.... seingat aku ler, nasib baik aku dah siap tanda. Dan selepas itu terpaksalah aku memasukkan markah kat link akademik pula. Bab ni yang sedikit malas dan agak memenatkan.

Walau apapun diharapkan peratus pencapaian kali ini meningkat jika dibandingkan dengan UBB kali pertama. Walaupun mengajar di kelas-kelas yang tercorot, tapi aku percaya murid-murid ku ini akan dapat meningkatkan prestasi sebagaimana yang telah diharapkan. Ni bukannya bagi markah murah, semuanya sama sahaja. Apa-apa hal pun selamat berjaya kepada semua murid SK Kor.